Sunday, October 25, 2009

FORMAT PERDEBATAN

MASA PERSEDIAAN

6.1 Penentuan peranan sebagai kerajaan/ pembangkang akan dilakukan 30 minit sebelum perdebatan. Sebarang masa perjalanan adalah termasuk dalam 30 minit berkenaan. Semua pasukan diharapkan dapat menepati masa berkenaan.
6.2 Mana-mana pasukan yang gagal menghadiri perdebatan selepas 15 minit dari masa permulaan perdebatan akan dikira kalah.

STRUKTUR PERDEBATAN

7.1 Perdebatan dijalankan dalam Bahasa Melayu mengikut gaya ala-parlimen Malaysia.
7.2 Setiap pusingan debat mempunyai dua (2) pasukan iaitu pasukan kerajaan (pencadang) dan pembangkang. Setiap pasukan terdiri daripada tiga(3) orang pendebat dan seorang pendebat simpanan.
7.3 Pasukan kerajaan terdiri daripada Perdana Menteri dan dua (2) orang anggota kerajaan, manakala pasukan pembangkang terdiri daripada Ketua Pembangkang dan dua(2) orang anggota pembangkang.
7.4 Setiap pendebat perlu menyampaikan ucapan substantif. Ucapan gulungan bagi pihak kerajaan dan pembangkang boleh disampaikan sama ada oleh pendebat pertama atau kedua daripada pihak masing-masing.
7.5 Had waktu dan susunan ucapan bagi setiap pendebat adalah seperti berikut:

Ucapan substantif

Perdana Menteri/pencadang pertama 8 minit
Ketua Pembangkang/ pembangkang pertama 8 minit
Anggota Pertama kerajaan/ pencadang kedua 7 minit
Anggota Pertama Pembangkang/ pembangkang kedua 7 minit
Anggota kedua kerajaan/ pencadang Ketiga 7 minit
Anggota Kedua Pembangkang/ Pembangkang kedua 7 minit

Ucapan Gulungan

Gulungan/ Rumusan Pembangkang 4 minit
Gulungan/ Rumusan Kerajaan 4 minit

7.6 Untuk setiap ucapan substantif, loceng akan dibunyikan sekali selepas seminit masa berlalu bagi menandakan pasukan lawan sudah boleh melakukan celahan/ meminta penjelasan, dan sekali lagi pada satu minit terakhir bagi menandakan masa untuk membuat celahan telah tamat. Loceng akan dibunyikan dua kali apabila masa ucapan pendebat telah tamat.
7.7 Untuk ucapan gulungan, loceng akan dibunyikan sekali pada permulaan minit ketiga dan dua kali apabila masa ucapan telah tamat.
7.8 Pendebat yang melebihi had masa berucap 30 saat akan diberi amaran oleh Yang Dipertuan Dewan (Speaker). Pendebat akan diminta menamatkan ucapan dan boleh diberikan penalti.

PERANAN SETIAP PASUKAN

8.1 Perana pihak kerajaan adalah menyokong usul. Mereka perlu mendefinisikan, usul, memberikan hujahan/kes yang menyokong usul, dan membidas sebarang cabaran yang diberikan oleh pihak pembangkang terhadap hujahan usul mereka.
8.2 Peranan pihak [embangkang adalah untuk membangkang usul. Mereka perlu menjawab definisi kerajaan jika perlu, membina hujahan/ kes bangkangan terhadap usul membidas hujahan yang dikemukakan oleh pihak kerajaan.

PENGHAKIMAN

9.1 Seboleh-bolehnya, setiap perdebatan akan dihakimi oleh satu panel hakim. Bilangan hakim mestilah ganjil.
9.2 Pada pusingan awal, seorang hakim akan bertindak sebagai Yang diPertua Dewan dan akan digelar Tuan/Puan Yang diPertua. Dalam pusingan akhir, Yang diPertua tidak perlu dilantik dikalangan panel hakim.
9.3 Yang diPertua Dewan bertanggungjawab menjemput pendebat berucap,menjaga ketertiban majlis dan tertakluk kepada peratuaran ini, membuat keputusan tantang sebarang aspek tatacara dan prosuder perdebatan yang mungkin akan dipertikaikan.
9.4 Para hakim mestilah:
i. Mencapai keputusan menang/kalah. Keputusan seri tidak dibenarkan.
ii. Tidak menyampuk atau memberikan sebarang komen semasa perdebatan berjalan.
9.5 Ketua hakim mestilah mengisytiharkan keputusan kepada pasukan yang bertanding dan memberi alasan/ sebab terhadap keputusan yang dicapai oleh panel hakim dalam komentar yang tidak melebihi 10 minit.
9.6 Panel juri tidak boleh berbincang dan mestilah mencapai keputusan dengan sendiri.
9.7 Jika keputusan sebulat suara tidak dapat dicapai, maka keputusan majoriti akan diterima pakai. Pindaan terhadap sebarang keputusan tidak dibenarkan selepas penyerahan undi.

PEMARKAHAN

10.1 Setiap ucapan substantif akan diberikan markah maksimum 100 markah berdasarkan
kepada:

Isi 40 markah
Gaya/Penyampaian 40 markah
Tatacara/ Kaedah 20 markah
10.2 Isi akan diadili dari segi kesesuaian, pengembangan dan penjelasan hujah, fakta dan contoh yang digunakan serta bidasan yang berkenaan terhadap hujahan pihak lawan.

10.3 Tatacara akan diadili dari segi:
i. Keberkesanan penyusunan dan struktur ucapan pendebat.
ii. Keberkesanan penyusunan dan struktur kes sesuatu pasukan secara keseeluruhan.
iii. Kesinambungan hujah/ fakta
iv. Kerja sepasukan

10.4 Gaya penyampaian akan diadili dari segi kesesuaian dan keberkesanan gaya penyampaian hujahan. Penyampaian yang mempunyai nilai bujukan yang tinggi serta dapat menarik perhatian penonton akan dipandang positif oleh hakim(dengan syarat: ia membantu hujahan)
10.5 Ucapan gulungan akan diberikan marlah maksimum 50 berdasarkan nisbah pemarkahan ucapan substantif seperti yang tersebut di atas.
10.6 Kriteria utama pemarkahan pemarkahan adalah nilai bujukan ucapan iaitu sejauh mana ucapan itu benar-benar menyakinkan dan memberi sokongan terhadap usul satu-satu pasukan dan konteks perdebatan.
10.7 Penggunaan bahan bantuan luar (buku, carta, majalah dan selainnya) semasa perdebatan berlangsung adalah dilarang sekali.
10.8 Semua peserta handaklah berkelakuan sopan dan penuh tertib semasa pertandingan.

FAKTA BARU

11.1 Tiada sebarang “fakta baru” dibenrkan bagi disampaikan dalam ucapan substantif pendebat ketiga dan ucapan gulungan mana-mana pasukan(kerajaan atau pembangkang).Contoh baru ialah bukan fakta baru. Hujahan atau fakta dikira “ baru” kecuali :
i. telah digunakan dalam mana-mana hujahan terdahulu
ii. merupakan bidasan terhadap hujahan pasukan lawan.

DEFINISI

12.1 Tugas memberikan definisi usul perdebatan yang wajar dan boleh dibahaskan adalah hak dan tanggungjawab pihak kerajaan.
12.2 Pihak pembangkang boleh:
i. Menerima definisi kerajaan secara keseluruhan/ mutlak
atau
ii. Menolak secara keseluruhan/ mutlak dan mengemukakan definisi alternatif
12.3 Pihak pembangkang boleh menolak definisi pihak secara keseluruhannya hanya jika:
i. definisi pihak kerajaantidak mempunyai kaitan yang kuat dengan maksud sebenar usul.
ii. definisi pihak kerajaan adalah “truistik”, iaitu tidak boleh dibangkang dengan hujahan rasional
iii. definisi pihak kerajaan berdasarkan kepada pendefinisian yang terlalu spesifik ataupun hanya melibatkan masa dan tempat yang tidak masuk akal.

PENJELASAN

13.1 Penjelasan/ celahan dalam konteks ini bermaksud penjelasan yang diminta oleh pihak lawan bagi membetulkan pendebat yang sedang berucap atau menimbulkan fakta penting. Penjelasan/ celahan hendaklah ringkas dan bersangkutan dengan apa yang dibincangkan oleh pendebat tersebut. Markah akan diberikan untuk celahan dan jawapan terhadap celahanyang elektif.
13.2 Pendebat yang sedang berucap mempunyai hak mutlak sama ada untuk menerima atau menolak celahan penjelaan yang cuba diberikan. Bangaimanapun, penolakan penjelasan yang berterusan atau penerimaan yang keterlaluan sehingga menjejaskan kualiti ucapan pendebat tersebut harus dipandang serius olah hakim. Adalah disyorkan supaya setiap pendebat menerima sekurang-kurangnya dua(2) penjelasan walau bagaimanapun, pertandingan ini tidak menetapkan had maksimum atau minimum bagi setiap pendebat menerima penjelasan/ celahan.
13.3 Penjelasan yang diberikan hendaklah tidak melebihi 15 saat. Loceng akan dibunyikan selepas 15 saat masa. Jika penjelasan/celahan belum selesai, pendebat yang memberi penjelasan/ celahan hendaklah duduk serta- merta.
13.4 Penjelasan tidak boleh diminta sebelum berakhir minit pertama dan pada minit terakhir mana-mana ucapan substantif. Loceng akan dibunyikan sekali menandakan permulaan sekali lagi bagi menandakan pengakhiran waktu meminta penjelasan yang dibenarkan. Penjelasan tidak boleh diminta dalam ucapan penggulungan.
13.5 Hanya ahli daripada pihak lawan yang boleh meminta penjelasan. Pebdebat hendaklah memberi isyarat jika ingin mencelah dengan cara yang sesuai seperti berdiri, mengangkat tangan, membuat permohonan dan sebagainya.
13.6 Pendebat yang sedang berucap boleh menerima atau menolak penjelasan dengan memberi isyarat fizikal atau memberitahu secara lisan. Jika ditolak, pendebat yang ingin meminta penjelasan hendaklah duduk dan menuggu peluang yang lain.
13.7 Apabila penjelasan diterima, pendebat yang sedang berucap tidak boleh menjawab selagi pendebat yang meminta penjelasan belum selesai mencelah atau peruntukan masa selama 15 saat yang diberikan belum selesai (mana yang terdahulu). Pendebat tidak wajar memotong penjelasan yang telah diminta oleh oihak lawannya apabila tidak diterima.

BANTAHAN SEMASA PERDEBATAN SEDANG BERLANGSUNG

14.1 Bantahan dalam konteks ini adalah bantuan yang diajukan oleh pendebat kepada Yang diPertua dewan semasa perdebatan sedang berlangsung bagi menarik perhatian beliau terhadap perlanggaran sebarang peraturan perdebatan seperti:
i. Penggunaan aksi atau bahasa yang kurang sopan dalam perdebatan:
atau
ii Pengenalan fakta baru semasa ucapan substantif pendebat ketiga atau ucapan
gulungan:
atau
ii. Mana-mana pendebat yang telah melebihi 30 saat had masa yang diperuntukkan

14.2 Menjadi tanggungjawab setiap pasukan untuk menyuarakan bantahan terhadap sebarang perlanggaran peraturan. Keputuan Yang diPertua Dewan sama ada untuk menerima atau menolak bantahan yang dikemukakan adalah muktamad
14.3 Jika bantahan diterima, Yang diPertua Dewan boleh mengarahkan pendebat yang terbabit agar mematuhi peraturan yang dibangkitkan dan masa yang digunakan untuk membuat bantahan akan dikira dari masa pendebat yan sedang berucap. Sebaliknya jika bantahan ditolak, pendebat terbabit akan diberikan masa tambahan bagi menggantikan masa yang telah digunakan semasa bantahan tersebut.

No comments:

Post a Comment